Saturday, July 20, 2013

Binary Options ialah satu produk pelaburan pasaran kewangan yang mula diperkenalkan dan menjadi hangat apabila ia disenaraikan dalam Chicago Board of Options Exchange (CBOE) pada Julai 2008. Sebelum penyenaraian, binary option didagangkan secara aktif hanya di kalangan ‘institutional investors’ seperti firma-firma kewangan dan bank-bank pelaburan.

Ciri Ciri Binary Option 


1) Modal serendah USD 200
2) Keuntungan sehingga 81 % untuk satu trade
3) Kadar keuntungan telah di tetapkan terlebih dahulu
4) Jangkawaktu dagangan antara 1 minit dan 60 minit , 1 hari atau 1 bulan
5) Komoditi , Indeks , Saham Korporat dan Forex antara yang di dagangkan


Dalam erti kata lain, produk pelaburan yang dulunya hanya merupakan ‘permainan golongan tertentu’ kini boleh diakses dan dilabur oleh sesiapa sahaja. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuka akaun percuma dengan mana-mana broker Binary Options yang menyediakan platform dagangan secara online dan memulakan langkah pertama anda dalam dunia pelaburan baru ini. Walaupun anda mungkin tidak pernah melihat atau mendekatkan diri kepada pasaran kewangan (financial market), tidak pernah membeli saham atau sebarang urusniaga kewangan yang lain, anda tidak perlu khuatir kerana kami akan menunjukkan bahawa inilah produk pelaburan termudah yang menjanjikan pulangan yang paling lumayan!

Pertama sekali anda perlu tahu apa itu ‘option’.
Dalam pasaran kewangan, option ialah satu instrumen pelaburan derivatif. Derivatif di sini bermakna satu-satu transaksi itu melibatkan ‘kontrak’ atau ‘persetujuan’ antara dua parti (dalam hal ini, anda dan broker) untuk transaksi masa hadapan. Terdapat beberapa jenis kontrak derivatif, contohnya ‘futures’, ‘forwards’, ‘swaps’ dan sudah tentunya ‘options’.
Sebagai contoh mudah, anda pergi ke kedai runcit dan berjanji akan membeli 100kg beras pada minggu hadapan sekiranya penjual tersebut bersetuju untuk menjual pada harga pasaran semasa. Sekiranya peniaga tersebut bersetuju dengan cadangan anda, maka satutransaksi derivatif telah terhasil dan sama ada harga beras naik atau turun pada minggu hadapan, anda tetap membeli 100kg beras tersebut pada harga yang telah dipersetujui. Dalam hal ini, peniaga tersebut hanya akan bersetuju sekiranya beliau mempunyai sebab-sebab tertentu untuk percaya bahawa harga beras akan jatuh. Manakala anda hanya akan mencadangkan ‘kontrak’ seperti itu hanya sekiranya anda percaya harga beras akan naik. Bergantung kepada nilai pasaran beras apabila telah cukup tempoh seminggu yang dipersetujui, anda mungkin rugi sekiranya harga beras jatuh, kerana anda kini terpaksa membeli beras tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga semasa. Sebaliknya, anda mungkin untung sekiranya harga beras naik lebih tinggi, dan anda hanya perlu membayar pada harga beras minggu lepas yang lebih murah.
Dalam transaksi binary option, konsep yang hampir sama seperti di atas adalah terpakai. Dalam hal ini, pada ketika option itu dibeli, kedua-dua pihak akan bersetuju bila option itu perlu dijual semula, serta berapa keuntungan atau kerugian yang boleh didapati oleh anda pada tempoh matang option tersebut. Walau pun penjelasan ini nampak agak rumit, namun secara praktikalnya semua proses ini telah dipermudahkan dan dilaksanakan secara automatik melalui platform Binary Options yang boleh diakses melalui internet!
Apabila anda membuka laman web mana-mana broker Binary Option, anda akan mendapati bahawa platform tersebut menjanjikan pulangan, sebagai contoh, 70% sekiranya pembelian option bagi Kuala Lumpur Stock Exchange yang dibuat oleh anda misalnya berjaya. Anda memilih tempoh matang option tersebut, iaitu tempoh di mana anda perlu menjual semula option tersebut kepada broker. Katakan anda memilih tempoh 1 jam. Maka jelaslah bahawa satu perjanjian derivatif telah pun berlaku, iaitu anda perlu menjual semula option tersebut dalam tempoh satu jam, dan bergantung kepada jenis dan posisi option yang dibeli, anda mungkin untung atau rugi dalam pelaburan tersebut.